STICKY ENTRY

Blog ini hanyalah untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Fira Nafira. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh PM Fira di akaun Facebook Fira Nafira(facebook badge di sebelah)

BYE BYE JERAWAT!!

as salam dan salam sejahtera

untuk entry kali ni fira rasa macam nak bercerita panjang sikit. ada macam-macam benda yang fira nak share dengan korang.untuk permulaan fira nak share masalah kulit fira(sorry,maybe agak boring)


fira ada masalah jerawat dah bertahun-tahun.masuk tahun ni,tahun ke 14.yup..14 tahun ada masalah jerawat. kalau nak tahu tahap mana masalah kulit fira, muka fira slalunya penuh dengan jerawat pasir + 5 6 jerawat besar dengan nanah yang confirm tinggal parut kalau picit + blackhead + open pores + tekstur kulit berkedut. kalau pegang hidung ni memang rasa berduri je,langsung tak licin.sedih kan? 





sepanjang 14 tahun ni macam-macam fira dah cuba untuk rawat masalah jerawat ni. pergi klinik kulit..makan ubat..dapat injection, langsung takde kesan. try ubat kampung,pon takde perubahan. try produk yang ada kat pasaran, still tak okay juga. cakap la apa pon.bedak sejuk, kulit kayu manis,oxy..semua da try tp takde perubahan!bukan la semua tu tak bagus,tapi maybe kulit fira yg terlalu degil and tak nak okay. sepanjang 14 tahun ni juga la cukup jelous bila tengok kulit orang yang cantik dan tak ada jerawat.

dulu mak fira ada juga kata "maybe sebab perubahan hormon.nanti da besar okay la". fira pon redha je la dengan harapan "2 3 tahun lg ok la kot?" tapi bila dah masuk uni pon jerawat macam tak nak berhenti naik, dan macam makin menjadi-jadi..mula la cari produk lain. time tu fira try artistry.kalau yang biasa beli barang amway mesti tahu. cleanser n moisturizer dia memang best.jerawat tak naik tapi parut still ada la.tapi..bila dah habis jerawat pon naik balik. sedih..nak maintain pakai artistry tu memang la tak mampu bila korang bergelar student.

lepas artistry macam-macam lagi fira try.satu pon tak berkesan.macam fira cakap,bukan barang tak bagus tapi mungkin kulit fira tebal dan degil macam tuan dia kot?hehe.sampai satu tahap fira macam dah fed up dan biar je.time tu around 2012..sampai awal 2013..jerawat still jadi 'bestfriend' fira.kadang-kadang okay..kadang-kadang teruk. sampai la time cuti chinese new year,fira pergi hiking kat cameron.maybe sebab 4 5 hari dalam hutan dan tak dapat cuci muka properly, muka fira jadi makin teruk. jerawat naik makin banyak, blackhead penuh kat hidung n pores macam makin membesar.senang kata rasa muka macam berkerak!sedih sangat time tu. time tu juga la start survey product yang orang cakap bagus. bila dah confident nak beli, tetiba keluar review tak elok.. bila dah confident nak beli tengok-tengok mahal sangat. sampai la fira jumpa satu set skin care ni.dah survey sampai puas hati..akhirnya fira decide  nak try. 


skin care tu ada soap. tak nak cerita bahan dan benefits dia kat sini,nanti fira cerita. first time pakai soap tu fira biar dalam 5 minit sebelum bilas.lepas dah bilas boleh nampak blackhead atas hidung tu keluar macam cendawan tumbuh selepas hujan(macam over tapi betul,fira tak tipu). fira pon guna blackhead removal dan picit keluar blackheads tu.sorry kalau gross tp memang senang keluar dan tak sakit langsung. bagi fira memang best sebab sebab blackheads fira memang degil nak keluar.nak tahu tahap degil dia? fira pernah guna shiseido mask, charcoal mask cosway, charcoal mask daiso, cettua nose strip, satu pon tak boleh keluarkan semua blackheads tu. tapi lepas guna soap skin care tu,memang senang sangat-sangat.lepas tu memang licin je hidung. 


lepas cuci muka,fira pakai masker plak.first time guna,tak ada rasa apa-apa.dalam hati da mula kata 'biasa je masker ni'.tp bila lepas basuh je muka, tetiba fira rasa jadi macam budak psiko yang obses dengan pipi sendiri. guess what?kulit rasa lembut sangat-sangat.dah tak rasa kerak-kerak tu dah.baru skali pakai tu! tu yang yakin nak terus guna.memang konsisten je pakai. lupa, krim dia boleh pakai  lepas pakai masker k!ada krim siang dan krim malam..yang best pasal cream dia fira perasan parut makin pudar. overall lepas beberapa minggu guna skin care tu memang fira puas hati. jerawat pasir dah tak ada,kalau pegang pipi memang rasa licin dan lembut. jerawat besar pon tingal 1 2 je(rasanya sebab period).pores makin mengecil..kedut-kedut halus hilang..yang paling best,hidung dah licin!!yang penting kulit makin sihat.fira bagi 10/10 untuk skin care ni. sebab tu nak share dengan semua orang.memang puas hati. tak percaya?tengok la sendiri.hehe



nampak perbezaan kan?tapi fira nak ingatkan, guna skin care ni mesti konsisten.jangan skip dan tak boleh expect pakai sehari dua terus nampak beza macam fira. kena rajin dan istiqamah baru nampak hasil.yang penting skin care ni natural dan tak ada bahan kimia so semua jenis kulit boleh guna. so kalau ada sesiapa yang berminat nak try juga atau nak tanya apa-apa boleh PM kat facebook fira ya.fira jawab selagi boleh jawab =)

p/s:hati bunga-bunga bila tengok kulit  makin sihat dan nampak improvement.bye bye jerawat.awak bukan bestfriend saya lagi!!


UPDATE ON 27 APRIL 2014
Buat masa sekarang fira tidak menjual skincare ni secara full set disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Oleh sebab itu fira hanya menjual produk utama dari skincare yang fira guna iaitu miracle mask. Harga setiap satu adalah RM39(sem)/RM42(S&S) ,postage RM6). Boleh tahan sehingga 3-4 bulan dan sesuai bagi semua jenis kulit terutama yang ada masalah jerawat(sangat-sangat disyorkan).Kalau berminat boleh PM fira kat link badge FB fira yang ada pada bahagian atas,sebelah kanan page ni.Harap maklum.Terima kasih.