STICKY ENTRY

Blog ini hanyalah untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Fira Nafira. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh PM Fira di akaun Facebook Fira Nafira(facebook badge di sebelah)

KANDUNGAN COCOA COLLAGEN POWER PLUS

As salam dan salam sejahtera
Untuk entry kali ni Fira nak share pasal bahan-bahan yang ada dalam Cocoa Collagen Power Plus.
Setiap sachet  CCPP ni mengandungi:


  • Marine Collagen - membantu mengimbangi hormon serta mencantikkan,menghaluskan dan menggebukan kulit(fira dapat rasakan perubahan lepas habis sekotak.rasa best sangat)

  • Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan serta menegangkan payudara serta punggung(confirm!x pecaya?cuba sendiri la..hehe)

  • Dextrose Monohydrate - melambatkan proses penuaan(bagi yang dah berumur,akan nampak kesan CCPP ni melambatkan kesan penuaan seperti kulit kendur dan berkedut)

  • Oligo Sacharide - Menyahtoksin dan meningkatkan sistem metabolisme badan(rasa sentiasa segar)

  • Krimer Bukan Tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan(fira mmg x rasa letih bila amalkan CCPP ni)

  • Kacip Fatimah - membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan member kehebatan dalam hubungan suami isteri(fira belum kahwin so tak dapat komen pape pasal ni. Tapi dari testimonial para pengguna CCPP para husband memang suka dengan perubahan pd wifey diaorang)


Next time kita tengok khasiat CCPP yang lain pula .so kalau ada yg berminat boleh order direct pada Fira k. 

set percubaan(5 sachets) RM10
1 kotak(10 sachets) RM19
1 set(3 kotak) RM56


yang duduk area melaka dan nak COD kt Mydin MITC atau Aeon Bandaraya melaka just gitau Fira k!



SELAMAT MENCUBA!!

LIP TINT:BENDA WAJIB SETIAP PEREMPUAN HARUS ADA

As salam dan salam sejahtera


Dah banyak fira share tentang barang kesihatan so kali ni Fira nak share pasal produk kecantikan plak. Yup,Fira tau Fira still hutang untuk share pasal khasiat CCPP kepada anak dara mahu pun wanita yang dah berkahwin. Tapi Fira tak sabar nak share pasal benda best ni! so kita postpone dulu pasal CCPP dan jom tengok apa yang Fira tak sabar sangat nak share dengan korang.


TADAAAAAA!!!


ni la dia OBUSE LIP TINT. available dalam 3 warna iaitu apple red, cherry pink and peach orange. apa yang Fira suka sangat dengan lip tint ni bau dia sangat wangi..macam buah!dan..yang paling penting warna dia kekal lama(tak macam lip tint fira dulu.bila makan je terus hilang). Selain tu,tengok la kandungan dalam botol tu,penuh dan padat.Even korang pakai hari2,boleh tahan sampai 2 bulan lebih tau!


Yang paling best, tengok la saiz dia..kecil dan comel kan?so sangat ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Sesuai sangat la dengan orang macam Fira yang tak suka bawa beg berat2 bila keluar. 


Lip Tint ni juga ada minyak jojoba dan vitamin E so xde lah bibir kita nak kering bila pakai lip tint ni. Tapi kalau yang ada masalah bibir kering tu apply la lip balm dulu ya.kalau tak, tak berapa nak korean look la jadinya.hehe..macam mana nak pakai?



Just apply 2 3 dot pada bibir,then sapu dengan jari atau span.siap!!sekejap je kan?Sesuai untuk orang yang sibuk dan takde masa sangat nak make up.
So,kalau ada yg berminat boleh terus PM Fira ya.ada 3 warna pilihan.

01 - apple red
02 - cherry pink
03 - peach orange
Harga : RM12/botol


Jangan tunggu lama2..get your own korean look today!




INTRODUCING..COCOA COLLAGEN POWER PLUS

As salam dan salam sejahtera
macam biasa Fira tak nak cakap panjang lebar.
So let me introduce..



COCOA COLLAGEN POWER PLUS



Rasanya dah ramai yang biasa tengok orang update kat blog dan facebook pasal cocoa collagen power plus ni?tapi korang tahu tak khasiat dia yang sebenarnya? Fira sendiri pon mula-mula buat derk je bila kawan promote CCPP ni kat Fira. Sampai la satu hari,Fira teringin nak tahu khasiat dia bila kawan Fira ni tak habis2 puji pasal CCPP ni(actually tertarik dengan perkataan collagen tu.Fira jeles tengok makcik2 yg berusia tp x nampak berkedut,naturally la!).

Bermula dengan search info kat internet,Fira rasa nak try sendiri. And guess what??baru habis satu kotak dah mula perasan dan nampak perubahan pada kulit. Bila balik rumah, mak tanya: 'makan apa sekarang ni?nampak makin putih.boleh bg kat adik juga.'(adik fira kulit gelap sikit).hoho..kembang kempis fira time tu. Bila dah nampak perubahan pada diri sendiri,harus la share dengan semua orang kan? sharing is caring right??

so kalau ada yg berminat boleh order direct pada Fira k. 

set percubaan(5 sachets) RM10
1 kotak(10 sachets) RM19
1 set(3 kotak) RM56


yang duduk area melaka dan nak COD kt Mydin MITC atau Aeon Bandaraya melaka just gitau Fira k!Next  time fira update kandungan dan khasiat CCPP ni plak.bye!

PROMOSI BULAN NOVEMBER

As salam dan salam sejahtera
semoga semua sihat hendaknya.
Sempena bulan november ni fira ada buat promotion khas untuk semua pelanggan fira





Dapatkan Body Mate Collagen Juice
pada harga hanya
RM28/botol dan postage hanya RM6
bagi setiap pembelian
Pure Marine Collagen berharga RM26.

kepada yang belum cuba dan tahu lagi khasiat pure marine collagen ni,cepat2 PM fira untuk tahu lebih lanjut k..sebelum tu fira tinggalkan korang dengan testimoni sorg customer fira yg berpuas hati dengan khasiat body mate collagen juice ni.


so apa tunggu lagi?cepat2 dapatkan jus anda sekarang!

SELAMAT MENCUBA!!


KULIT CANTIK DAN HALUS MACAM BAYI??

As salam dan salam sejahtera





Cantik kan kulit dia? Yup..tu model..mesti la cantik kulit dia.Eh?Cik adik kakak cantik manis sekalian..siapa kata model je yang boleh ada kulit cantik mulus?Kita pon boleh tau.Mahal?tak lah..meh Fira share lagi satu tips untuk kulit cantik.


Korang ingat lagi tak air yang korang rendam pure marine collagen semalaman sebelum masak kolagen tu? Ha..jangan buang ye air tu. Boleh simpan dalam botol atau bekas bersih sebelum simapan dalam peti. Air rendaman tu korang boleh sapu pada seluruh badan sebelum mandi. Sapu macam losyen ya. Biar sampai kering sebelum bilas dengan air. InsyaAllah dengan penggunaan kerap boleh dapat kulit cantik mulus dan gebu. Tapi jangan lupa makan kolagen juga ya!




SELAMAT MENCUBA!!


MASALAH TUMIT MEREKAH

As salam dan salam sejahtera

ouch!!

Masalah tumit merekah??no!no!no! Fira memang tak suka bila ada masalah ni. Kaki nampak buruk dan memalukan tambah-tambah bila duduk dalam bilik yang ada air-cond lama-lama. Habislah..dah takde prince nak sarungkan kasut(berangan nak jadi cinderella jap).

For those yang ada masalah ni juga jangan risau ye. Fira dah jumpa solution dia! caranya mudah sangat. Kalau korang baca entry Fira sebelum ni, Fira ada cerita pasal kegunaan air rendaman kolagen mentah yang boleh sapu pada badan. Air yang sama juga boleh rawat masalah tumit merekah ni.



  • mula-mula cuci kaki bersih-bersih
  • rendam kaki dalam air rendaman kolagen mentah selama 10-15 min
  • cuci kaki dan sapu jelly kolagen mentah pada bahagian bermasalah
  • bilas dengan air bersih setelah jelly kolagen kering.
p/s:make sure jelly tu jelly kosong ye..kang korang sapu yang ada gula bersemut pula kaki tu!hehe.

Fira ni pemalas sikit so Fira buat tips ni seminggu sekali je.Tapi dah nampak kesan tau! Kalau korang rajin boleh la buat dua atau tiga hari sekali. InsyaAllah dapat tumit idaman.


SELAMAT MENCUBA!!

MASKER RUMPAI LAUT

As salam dan salam sejahtera

   Sejak Fira makan kolagen mentah dan pakai masker rumpai laut, Alhamdulillah masalah kulit Fira makin kurang. Kalau yang belum kenal Fira, Fira ni sebenarnya dari zaman sekolah ada masalah kulit dan resdung. Jerawat tu jangan cakap la..sana sini berlumba-lumba nak naik. Tapi sekarang Fira dah tak risau. Sejak-sejak makan kolagen mentah, jerawat  pon cepat kecut..parut pon makin hilang! So Fira nak share sikit tips yang Fira amalkan untuk rawat masalah kulit Fira ni.


   Tiap-tiap malam sebelum tidur selalunya Fira akan pakai masker jelly rumpai laut. Caranya mudah je. Lepas cuci muka , korang sapu je jelly rumpai laut tu pada seluruh muka. Boleh biar sehingga kering sebelum basuh atau biar semalaman. Kalau macam Fira, Fira suka biar semalaman. Rasa best je bila dia kering. Muka rasa tegang dan segar!
artis pon pakai masker rumpai laut tau!


   Untuk yang ada masalah kulit muka kering, korang jangan risau ye. Masker rumpai laut ni tak mengeringkan kulit sebaliknya baiki dan seimbangkan kelembapan kulit muka kita. InsyaAllah lepas seminggu cuba korang akan nampak perubahan.

   Kalau macam Fira,sebelum pakai masker ni tiap2 kali  waktu lunch je muka Fira mesti dah berminyak. Tapi sekarang dah takde dah even kadang2 lupa nak pakai bedak!(kadang2 sengaja coz Fira memang suka muka Fira 'naked' macam tu je.xde kimia!)hehe..korang jangan lupa cuba tau!insyaAllah berkesan.eh,lagi satu! Sambil sapu tu jangan lupa selawat ya..insyaAllah naik seri wajah.


SELAMAT MENCUBA!!