As salam & salam sejahtera
Fira baru perasan yang selama ni Fira just bebel pasal khasiat dan testimoni pure marine collagen. Langsung tak cerita tentang macam mana nak sediakan dan makan. Asyik-asyik tunjuk gambar bawah ni je.
|
Pure Marine Collagen yang mentah |
Kalau tengok gambar pure marine collagen yang mentah macam ni,sesiapa pon tak lalu makan ye tak?
So jom kita tengok kaedah penyediaan untuk pure marine collagen ni. Actually ada banyak cara.Korang boleh buat kerabu atau puding atau macam-macam cara lain.
Tapi untuk kali ni Fira akan tunjukkan cara yang basic untuk masak pure marine collagen ni.
KAEDAH PENYEDIAAN A
[disyorkan]
1- Basuh kolagen mentah seperti membasuh beras sebanyak 5-6 kali.
2 - Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
|
Rendam semalaman |
3 - Buang air rendaman dan basuh sebanyak 5-6 kali lagi.
4 - Campurkan kolagen dengan 3 liter air kosong untuk direbus.
|
Rebus bersama 3 liter air
5 - Rebus dengan api perlahan selama 30-45 minit. 6 - Biarkan kolagen yang telah dimasak sejuk
7 - Tapis kolagen yang telah dimasak ke dalam bekas dan simpan pati yang ditapis di dalam bekas berasingan[untuk dijadikan masker]. |
|
Kolagen yang telah di tapis
CARA PENGAMBILAN
1. Waktu
terbaik adalah semasa perut kosong:
-selepas bangun tidur(sebelum sarapan)
-sebelum tidur
2. Masukkan
3 sudu besar kolagen ke dalam cawan.
*boleh dicampurkan air buah/minuman yogurt
3. Baca
Bismillah & Selawat sebelum makan
MASKER
1. Cuci
muka terlebih dahulu.
2. Sapu
rata pati kolagen yang telah di tapis pada seluruh muka.
3. Biarkan
sehingga kering atau semalaman sebelum dicuci.
KAEDAH PENYEDIAAN B
1. Ulang
langkah 1-5 dari kaedah penyediaan A.
2. Masukkan
gula batu /ginseng/perasa tambahan.
3. Biarkan
kolagen yang telah dimasak sejuk.
4. Simpan
kolagen dalam bekas sebelum disimpan dalam peti sejuk.
*kolagen yang dimasak tidak sesuai dijadikan
masker.
Macam Fira cakap tadi,ada banyak lagi cara penyedian kolagen ni, tapi Fira share yang basic dulu. Kalau ada soalan or apa-apa yang tak faham boleh tanya kat inbox FB Fira k.Lepas ni boleh try resepi lain pula.
SELAMAT MENCUBA!!
|
No comments:
Post a Comment