STICKY ENTRY

Blog ini hanyalah untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Fira Nafira. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh PM Fira di akaun Facebook Fira Nafira(facebook badge di sebelah)

KULIT CANTIK DAN HALUS MACAM BAYI??

As salam dan salam sejahtera





Cantik kan kulit dia? Yup..tu model..mesti la cantik kulit dia.Eh?Cik adik kakak cantik manis sekalian..siapa kata model je yang boleh ada kulit cantik mulus?Kita pon boleh tau.Mahal?tak lah..meh Fira share lagi satu tips untuk kulit cantik.


Korang ingat lagi tak air yang korang rendam pure marine collagen semalaman sebelum masak kolagen tu? Ha..jangan buang ye air tu. Boleh simpan dalam botol atau bekas bersih sebelum simapan dalam peti. Air rendaman tu korang boleh sapu pada seluruh badan sebelum mandi. Sapu macam losyen ya. Biar sampai kering sebelum bilas dengan air. InsyaAllah dengan penggunaan kerap boleh dapat kulit cantik mulus dan gebu. Tapi jangan lupa makan kolagen juga ya!




SELAMAT MENCUBA!!


MASALAH TUMIT MEREKAH

As salam dan salam sejahtera

ouch!!

Masalah tumit merekah??no!no!no! Fira memang tak suka bila ada masalah ni. Kaki nampak buruk dan memalukan tambah-tambah bila duduk dalam bilik yang ada air-cond lama-lama. Habislah..dah takde prince nak sarungkan kasut(berangan nak jadi cinderella jap).

For those yang ada masalah ni juga jangan risau ye. Fira dah jumpa solution dia! caranya mudah sangat. Kalau korang baca entry Fira sebelum ni, Fira ada cerita pasal kegunaan air rendaman kolagen mentah yang boleh sapu pada badan. Air yang sama juga boleh rawat masalah tumit merekah ni.



  • mula-mula cuci kaki bersih-bersih
  • rendam kaki dalam air rendaman kolagen mentah selama 10-15 min
  • cuci kaki dan sapu jelly kolagen mentah pada bahagian bermasalah
  • bilas dengan air bersih setelah jelly kolagen kering.
p/s:make sure jelly tu jelly kosong ye..kang korang sapu yang ada gula bersemut pula kaki tu!hehe.

Fira ni pemalas sikit so Fira buat tips ni seminggu sekali je.Tapi dah nampak kesan tau! Kalau korang rajin boleh la buat dua atau tiga hari sekali. InsyaAllah dapat tumit idaman.


SELAMAT MENCUBA!!

MASKER RUMPAI LAUT

As salam dan salam sejahtera

   Sejak Fira makan kolagen mentah dan pakai masker rumpai laut, Alhamdulillah masalah kulit Fira makin kurang. Kalau yang belum kenal Fira, Fira ni sebenarnya dari zaman sekolah ada masalah kulit dan resdung. Jerawat tu jangan cakap la..sana sini berlumba-lumba nak naik. Tapi sekarang Fira dah tak risau. Sejak-sejak makan kolagen mentah, jerawat  pon cepat kecut..parut pon makin hilang! So Fira nak share sikit tips yang Fira amalkan untuk rawat masalah kulit Fira ni.


   Tiap-tiap malam sebelum tidur selalunya Fira akan pakai masker jelly rumpai laut. Caranya mudah je. Lepas cuci muka , korang sapu je jelly rumpai laut tu pada seluruh muka. Boleh biar sehingga kering sebelum basuh atau biar semalaman. Kalau macam Fira, Fira suka biar semalaman. Rasa best je bila dia kering. Muka rasa tegang dan segar!
artis pon pakai masker rumpai laut tau!


   Untuk yang ada masalah kulit muka kering, korang jangan risau ye. Masker rumpai laut ni tak mengeringkan kulit sebaliknya baiki dan seimbangkan kelembapan kulit muka kita. InsyaAllah lepas seminggu cuba korang akan nampak perubahan.

   Kalau macam Fira,sebelum pakai masker ni tiap2 kali  waktu lunch je muka Fira mesti dah berminyak. Tapi sekarang dah takde dah even kadang2 lupa nak pakai bedak!(kadang2 sengaja coz Fira memang suka muka Fira 'naked' macam tu je.xde kimia!)hehe..korang jangan lupa cuba tau!insyaAllah berkesan.eh,lagi satu! Sambil sapu tu jangan lupa selawat ya..insyaAllah naik seri wajah.


SELAMAT MENCUBA!!


BODY MATE COLLAGEN JUICE

As salam & salam sejahtera

Alhamdulillah ramai yg berpuas hati dengan produk pure marine collagen.tapi ada juga yang mengadu leceh dan malas nak masak kolagen tu sebab nak kena rendam semalaman then baru masak. Fira faham, ramai yang busy dengan kerja dan x cukup masa kan? so kali ni Fira bagi solution.



Body Mate Collagen Juice


Kandungan asas kolagen ni mesti la rumpai laut. macam yang Fira pernah cakap sebelum ni, rumpai laut memang kaya dengan khasiat-khasiat lain termasuklah:


  • MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN KOLESTROL
  • menstabilkan hormon
  • membantu meningkatkan metabolisme
  • mengatasi masalah keletihan dan memberikan tenaga
  • mengatasi masalah sembelit
  • anti bakteria
  • membuang toksid
  • mengatasi masalah kekurangan kolagen

Rasanya tak perlu Fira beritahu satu persatu khasiat collagen juice ni sebab khasiatnya tetap sama dengan kolagen mentah cuma bezanya dia dah diproses. Tapi mesti ramai yang tertarik dengan khasiat dia yang dapat turunkan berat badan dan kolestrol kan?
Yang special dan Fira suka pasal jus kolagen ni pon sebab dia beri rasa kenyang so automatically kita akan dapat kawal pemakanan kita. Secara tak langsung berat badan kita akan terkawal!

Dan yang paling penting,kandungan kolagen tu dapat kembalikan keanjalan kulit dan hilangkan kedutan halus pada badan dan wajah. So, kalau ada sesiapa yang minat dengan produk ni boleh order dari Fira. Ada tiga perisa, anggur, strawberi dan oren. Oren yang menjadi rebutan ramai ya!Yummy..hehe


SELAMAT MENCUBA!!

DADIH RUMPAI LAUT

As salam dan salam sejahtera
Pada sesiapa yang pernah makan ibu kolagen rumpai laut ni akan tahu rupa dia lepas masak iaitu macam jelly atau agar-agar.So kali ni kita akan buat dadih dengan menggunakan rumpai laut sebagai ganti kepada serbuk agar-agar.

BAHAN-BAHAN
- 500 ml susu kotak strawberi
- 2 liter air
-1 cawan gula halus
- 50 gram rumpai laut(telah dibersihkan dan direndam beberapa jam)

CARA-CARA
- Masak rumpai laut bersama air sehingga mendidih.
- Masukkan gula dan kacau.
- Tutup api setelah gula hancur sepenuhnya.
- Masukkan susu kotak strawberi dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam bekas atau gelas kecil untuk disimpan dalam peti sejuk.


Senang je kan?macam masak dadih biasa je. Untuk susu tu korang boleh ganti dengan maan-mana perasa pilihan atau kegemaran korang.selamat mencuba!!