STICKY ENTRY

Blog ini hanyalah untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Fira Nafira. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh PM Fira di akaun Facebook Fira Nafira(facebook badge di sebelah)

DADIH RUMPAI LAUT

As salam dan salam sejahtera
Pada sesiapa yang pernah makan ibu kolagen rumpai laut ni akan tahu rupa dia lepas masak iaitu macam jelly atau agar-agar.So kali ni kita akan buat dadih dengan menggunakan rumpai laut sebagai ganti kepada serbuk agar-agar.

BAHAN-BAHAN
- 500 ml susu kotak strawberi
- 2 liter air
-1 cawan gula halus
- 50 gram rumpai laut(telah dibersihkan dan direndam beberapa jam)

CARA-CARA
- Masak rumpai laut bersama air sehingga mendidih.
- Masukkan gula dan kacau.
- Tutup api setelah gula hancur sepenuhnya.
- Masukkan susu kotak strawberi dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam bekas atau gelas kecil untuk disimpan dalam peti sejuk.


Senang je kan?macam masak dadih biasa je. Untuk susu tu korang boleh ganti dengan maan-mana perasa pilihan atau kegemaran korang.selamat mencuba!!


9 comments: